AKTIVITI SEMASA


Makluman

SECEBIS TAZKIRAH
Isnin, 03 Disember 2012

Kelebihan Berwuduk

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”


Kelebihan Solat Subuh dan Asar

Daripada Abu Musa Al-Asyaari RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk,(subuh dan asar), Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”


Amalan yang Menghapuskan Dosa serta Mengangkat Darjah

Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu suka aku tunjukkan suatu amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya dosa-dosa serta mengangkatkan dengannya beberapa darjat? “mereka berkata, “Bahkan ya Rasulullah”, sabda Rasululullah, “Menyempurnakan wuduk dalam keadaan susah dan membanyakkan langkah ke masjid serta menunggu sembahyang (untuk berjemaah). Demikian itulah (yang dikatakan) “Al-Ribat” (perjuangan menentang musuh dan bersedia menghadapinya).”


Waktu Doa Paling Mustajab

Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.


Amalan Yang Paling Afdal

Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”

IFTAR PERDANA IHYA' RAMADHAN SMTAQ 2012

Dengan Ramadhan yang semakin hampir untuk meninggalkan kita, pihak pengurusan SMTAQ telah membuat keputusan untuk mengadakan Iftar Perdana. Sehubungan dengan itu, pada 8 Ogos 2012 bersempena dengan kehadiran Pegawai JPN Melaka ke SMTAQ, satu program Iftar Perdana Ihya' Ramadhan 1433H telah diadakan. Program bermula sekitar jam 6 petang. Pelajar di tempatkan di dua tempat iaitu seramai 40 orang pelajar telah ke Masjid Al-Ghaffar untuk Majlis Khatam Al-Quran seawal jam 4 petang, pelajar yang lain pula berada di asrama untuk membuat persediaan. Acara disekolah bermula dengan aluan Maulud Diba'ie oleh kumpulan pelajar dan diteruskan dengan tazkirah Ramadhan daripada Ustaz Anuar bin Ibrahim. Selepas selesai berbuka puasa, semua yang hadir telah mengerjakan solat Maghrib berjemaah. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengetua dan ucapan tetamu jemputan iaitu Encik Jumat bin Md. Lani. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil daripada SPI Tn.Hj. Sani dan seorang wakil daripada PPD. Majlis bersurai selepas solat tarawikh & witir dan jamuan ringan.

BUBUR LAMBUK ALA SMTAQ AR-RUMMAN

Sempena menyambut hari-hari terakhir di bulan Ramadhan, Kelab Guru SMTAQ telah mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk untuk para pelajar dan guru. Acara bergotong-royong bermula seawal jam 8 pagi di mana guru akademik dan guru tahfiz bergilir-gilir menyediakan bahan-bahan untuk bubur lambuk. Bahan-bahan untuk membuat bubur lambuk telah di sumbang oleh para guru SMTAQ. Chef yang memasak bubur lambuk adalah tidak lain tidak bukan, Ustaz Hasbullah yang memang cukup terkenal sebagai Master Chef di SMTAQ. Acara gotong-royong ini tamat pada jam 1.30 petang dan guru-guru mula mengedarkan bubur lambuk kepada para pelajar untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa.

Dengan adanya acara ini, ukhwah sesama guru dan pelajar menjadi lebih akrab dan semakin rapat. Semoga ukhwah yang terjalin ini dapat dieratkan lagi di masa hadapan. Dengan adanya ukhwah yang utuh maka kerjasama dan semangat kerja antara guru akan menjadi lebih baik.

- PENYELIA ASRAMA SEDANG BERKURSUS  LAMAN WEB PADA 03-04 DISEMBER 2012 DI SK MERLIMAU 1

-INFO PELAJAR


More ...

Log Masuk



statistik

SALAM KERINDUAN......... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penyelia Asrama   
Isnin, 03 Disember 2012 00:00

SELAMAT TINGGAL GURUKU……KAMI MERINDUI MU…..


Tiadalah pertemuan tanpa perpisahan. Seorang lagi guru Al- Quran Jasin meninggalkan

sekolah ini untuk berkhidmat di SMK Dang Anum atas arahan perpindahan, sayu,pilu dan

sedih apabila majlis perpisahan diadakan  18 Hb November 2012 di Surau Al-Mutaqqin SMTAQ

Dalam majlis ini Ustaz Abdul Wahid Kassim telah menceritakan sejarah beliau di Sekolah ini bermula

dari bertapaknya sekolah ini sehingga diambil alih BPI Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAST_UPDATED2
Baca Lagi...
 
PROGRAM BACAAN KISMIS ANJURAN PERINGKAT ASRAMA SMTAQ PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PENYELIA ASRAMA   
Isnin, 03 Disember 2012 00:00

PROGRAM BACAAN DOA KISMIS SIRI (2) ANJURAN BIRO DAKWAH KEAGAMAAN ASRAMA SM TAHFIZ AL QURAN…AMIN

Alhamdulilah program bacaan kismis Doa/Siri ke 2 anjuran Biro Dakwah Keagamaan Asrama SM Tahfiz Al Quran telah diadakan pada hari jumaat 18hb

November 2012 (7.30 malam) bertempat di surau Al Mutaqqin. Program ini telah dipimpin oleh saudara MUHAMMAD AMIR NURUDDIN BIN NORYAZID.

Pada kali ini sumbangan serta guru-guru yang menumpang bagi bacaan kismis ini nampaknya bertambah. Diharapkan program ini akan dijadikan

acara bulanan bagi pelajar asrama Tahfiz...amin

 

 

LAST_UPDATED2
Baca Lagi...